Saturday, 15 December 2012


 

 LATIHAN

l. Lengkapkan kitaran hidup manusia dengan jawapan yang betul.

            remaja                           dewasa                                tua

 

    
               
               

 

 
 B. Tandakan    pada jawapan yang betul dan  X  pada jawapan yang salah.

1. Fatimah membuang makanan di merata tempat setelah selesai makan. _________

2. Zainab menunaikan solat lima waktu sehari semalam. __________

3. Bertindaklah menggunakan fikiran. ____________

4. Ambil barang kawan tanpa kebenaran, kemudian campakkan. ___________

5. Menabur fitnah adalah perbuatan yang patut diamalkan. ___________

  

C. Gariskan jawapan yang betul.

1. Bukti keadilan Allah ialah adanya ( syurga / neraka)

2. Setiap perbuatan manusia akan mendapat (hadiah / balasan)

3. Manusia akan dibangkitkan semula adalah bukti (Keadilan Allah/ kelemahan Allah)

4. Allah Maha Adil memberi manusia (akal/ hati) untuk berfikir.

5. Allah Maha Adil menjadikan manusia (sama / berbeza) di sisinya.  

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh    : 3/10/12

Masa      : 10.00-10.30 pagi

Tahun    : 3 Delima

Tajuk     :  Kejadian Manusia (Allah Maha Adil)

Objektif :

1. Murid boleh menyebut erti Allah Maha Adil.

2. Murid boleh menyebut dalil Allah Maha Adil.

3. Murid mengetahui dan menyebut semula proses kejadian manusia dari bayi hingga tua.

4. Murid boleh menyebut semula 3 kelebihan mempercayai Allah Maha Adil.

Kemahiran : Menghafal dalil, membandingbeza dan menyebut.

Nilai : Bersyukur akan nikmat kurniaan Allah,mengagungkan kekuasaan Allah, merendah diri dan memberikan keinsafan.

Langkah/
Masa
 
Aktiviti Guru
 
Aktiviti Murid
 
Catatan
Langkah 1
3 minit
(Set induksi)
Guru memanggil seorang murid dan bersoaljawab dengan murid tentang anggota badan manusia.
Siapakah yang menjadikan anggota kita?
Murid menyebut anggaota yang disebutkan oleh guru untuk menjurus kea rah tajuk Allah Maha Adil
Gambar-gambar anggota badan manusia
Langkah 2
7 minit
G uru mempamerkan potongan ayat bagi dalil Allah Maha adil
 
-Memberi kerja kumpulan
Murid membacakan dalil naqli Allah Maha Adil secara kelas dan kumpulan
Murid menyelesaikan kerja dalam kumpulan. Menyusun potongan ayat dan pengertiannya dengan betul
Potongan kalimah
 
 
Erti kalimah
Langkah 3
10 minit
Guru menayangkan slide kejadian manusia sambil bersoal jawab dengan murid
-Manusia perlu bersyukur dan menunaikan kewajipan kepada Allah
Murid menyatakan semula peringkat-peringkat kejadian manusia.
-Melengkapkan kitaran hidup manusia
-Menggariskan jawapan yang betul
 
Gambar kitaran hidup manusia
 
Lembaran kerja
Langkah 4
8 minit
Guru mempamerkan satu persatu kelebihan beriman kepada Allah Maha Adil.
a)      Melakukan segala suruhanNya dengan ikhlas
b)      Mengukuhkan keimanan
c)      Bersyukur atas kurniaanNya
Guru mengedarkan lembaran kerja.
Murid menyebut satu persatu dengan jelas berdasarkan slide yang dipaparkan.
-Murid  melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan.
Murid menyebut jawapan yang dipilih (perbincangan jawapan)
 
Slide kejadian manusia
 
Lembaran kerja
Langkah 5
2 minit
Nasihat kepada murid agar sentiasa bersyukur , menunaikan suruhan Allah, kerana Allah maha Adil membalas semua perbuatan hambaNya.
-Mengedarkan kerja rumah
 
Mendengar nasihat guru.
Membuat kerja rumah
 
Lembaran kerja

2

 

Tuesday, 6 November 2012


PERINGKAT SATU

NUTFAH : Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

$¯RÎ) $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB >pxÿôÜœR 8l$t±øBr& ÏmÎ=tGö6¯R çm»oYù=yèyfsù $JèÏJy #·ŽÅÁt/ ÇËÈ

2.  Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat.

 

[1535]  Maksudnya: bercampur antara benih lelaki dengan perempuan.

 

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh. Pada hari yang ketujuh, telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Seperti Firman Allah :

¢OèO $uZø)n=yz spxÿôÜZ9$# Zps)n=tæ $uZø)n=ysù sps)n=yèø9$# ZptóôÒãB $uZø)n=ysù sptóôÒßJø9$# $VJ»sàÏã $tRöq|¡s3sù zO»sàÏèø9$# $VJøtm: ¢OèO çm»tRù't±Sr& $¸)ù=yz tyz#uä 4 x8u$t7tFsù ª!$# ß`|¡ômr& tûüÉ)Î=»sƒø:$# ÇÊÍÈ

14.  Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.

 

 PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan Mudghah disebutkan sebanyak dua kali dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.

 

 ¢OèO $uZø)n=yz spxÿôÜZ9$# Zps)n=tæ $uZø)n=ysù sps)n=yèø9$# ZptóôÒãB $uZø)n=ysù sptóôÒßJø9$# $VJ»sàÏã $tRöq|¡s3sù zO»sàÏèø9$# $VJøtm: ¢OèO çm»tRù't±Sr& $¸)ù=yz tyz#uä 4 x8u$t7tFsù ª!$# ß`|¡ômr& tûüÉ)Î=»sƒø:$# ÇÊÍÈ

14.  Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.

 

 

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Seperti Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

Pada peringkat ini perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan, semuanya telah sempurna dan lengkap.
 
 
 
 
                                                   JANIN PADA USIA 12 MINGGU
 

 PERINGKAT KELIMA

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan, beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna, kuku-kukunya mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatelbayi dalam kandungannya hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku, tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
 
 
 
JANIN MENDAPATKAN MAKANAN MELALUI URI
 
PERINGKAT KEENAM

NAFKHUR-RUH : iaitu peringkat peniupan roh. Para ulama Islam bersepakat peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan bermula sejak dalam rahim lagi. Ketika di alam rahim, perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebut oleh allah didalam al-Quran surah al-A’raf 172. Roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insane disisi Allah S.W.T.

øŒÎ)ur xs{r& y7/u .`ÏB ûÓÍ_t/ tPyŠ#uä `ÏB óOÏdÍqßgàß öNåktJ­ƒÍhèŒ öNèdypkô­r&ur #n?tã öNÍkŦàÿRr& àMó¡s9r& öNä3În/tÎ/ ( (#qä9$s% 4n?t/ ¡ !$tRôÎgx© ¡ cr& (#qä9qà)s? tPöqtƒ ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# $¯RÎ) $¨Zà2 ô`tã #x»yd tû,Î#Ïÿ»xî ÇÊÐËÈ

172. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku Ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap Ini (keesaan Tuhan)",
 
 
BAYI YANG TELAH SELAMAT DILAHIRKAN
 
 
KITARAN HIDUP MANUSIA
 
 

Hikmah Kejadian Manusia Pelbagai Rupa dan Bangsa

1. Supaya manusia memperhambakan diri kepada Allah tanpa mengira rupa dan bangsa.

2. Supaya manusia dapat berkenal-kenalan sesama sendiri. Bertolong-tolongan dan menghargai keistimewaan masing-masing.

3. Agar mereka menjadi khalifah Allah di muka bumi ini dan sama-sama memakmurkannya supaya manfaatnya dapat digunakan bersama.

4. Setiap orang boleh menilai keistimewaan dan kelemahan masing-masing supaya tidak timbul sifat sombong dan takbur.

Melalui sedikit ilmu yang diceritakan di atas, marilah sama-sama kita berfikir bahawa semua yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semua adalah cukup adil. Segalanya telah sempurna diberikan kepada kita. Yang paling istimewa ialah otak. Manusia dianugerahkan sebesar-besar keistimewaan berbanding dengan makhluk lain. Allah maha adil. Setiap perbuatan kita akan dihitung dan akan diberi balasan syurga dan neraka. Terpulanglah kepada kita sejauh mana kita mampu berfikir. Bersyukurlah atas nikmat kurniaanNya.