Saturday, 15 December 2012


 

 LATIHAN

l. Lengkapkan kitaran hidup manusia dengan jawapan yang betul.

            remaja                           dewasa                                tua

 

    
               
               

 

 
 B. Tandakan    pada jawapan yang betul dan  X  pada jawapan yang salah.

1. Fatimah membuang makanan di merata tempat setelah selesai makan. _________

2. Zainab menunaikan solat lima waktu sehari semalam. __________

3. Bertindaklah menggunakan fikiran. ____________

4. Ambil barang kawan tanpa kebenaran, kemudian campakkan. ___________

5. Menabur fitnah adalah perbuatan yang patut diamalkan. ___________

  

C. Gariskan jawapan yang betul.

1. Bukti keadilan Allah ialah adanya ( syurga / neraka)

2. Setiap perbuatan manusia akan mendapat (hadiah / balasan)

3. Manusia akan dibangkitkan semula adalah bukti (Keadilan Allah/ kelemahan Allah)

4. Allah Maha Adil memberi manusia (akal/ hati) untuk berfikir.

5. Allah Maha Adil menjadikan manusia (sama / berbeza) di sisinya.  

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh    : 3/10/12

Masa      : 10.00-10.30 pagi

Tahun    : 3 Delima

Tajuk     :  Kejadian Manusia (Allah Maha Adil)

Objektif :

1. Murid boleh menyebut erti Allah Maha Adil.

2. Murid boleh menyebut dalil Allah Maha Adil.

3. Murid mengetahui dan menyebut semula proses kejadian manusia dari bayi hingga tua.

4. Murid boleh menyebut semula 3 kelebihan mempercayai Allah Maha Adil.

Kemahiran : Menghafal dalil, membandingbeza dan menyebut.

Nilai : Bersyukur akan nikmat kurniaan Allah,mengagungkan kekuasaan Allah, merendah diri dan memberikan keinsafan.

Langkah/
Masa
 
Aktiviti Guru
 
Aktiviti Murid
 
Catatan
Langkah 1
3 minit
(Set induksi)
Guru memanggil seorang murid dan bersoaljawab dengan murid tentang anggota badan manusia.
Siapakah yang menjadikan anggota kita?
Murid menyebut anggaota yang disebutkan oleh guru untuk menjurus kea rah tajuk Allah Maha Adil
Gambar-gambar anggota badan manusia
Langkah 2
7 minit
G uru mempamerkan potongan ayat bagi dalil Allah Maha adil
 
-Memberi kerja kumpulan
Murid membacakan dalil naqli Allah Maha Adil secara kelas dan kumpulan
Murid menyelesaikan kerja dalam kumpulan. Menyusun potongan ayat dan pengertiannya dengan betul
Potongan kalimah
 
 
Erti kalimah
Langkah 3
10 minit
Guru menayangkan slide kejadian manusia sambil bersoal jawab dengan murid
-Manusia perlu bersyukur dan menunaikan kewajipan kepada Allah
Murid menyatakan semula peringkat-peringkat kejadian manusia.
-Melengkapkan kitaran hidup manusia
-Menggariskan jawapan yang betul
 
Gambar kitaran hidup manusia
 
Lembaran kerja
Langkah 4
8 minit
Guru mempamerkan satu persatu kelebihan beriman kepada Allah Maha Adil.
a)      Melakukan segala suruhanNya dengan ikhlas
b)      Mengukuhkan keimanan
c)      Bersyukur atas kurniaanNya
Guru mengedarkan lembaran kerja.
Murid menyebut satu persatu dengan jelas berdasarkan slide yang dipaparkan.
-Murid  melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan.
Murid menyebut jawapan yang dipilih (perbincangan jawapan)
 
Slide kejadian manusia
 
Lembaran kerja
Langkah 5
2 minit
Nasihat kepada murid agar sentiasa bersyukur , menunaikan suruhan Allah, kerana Allah maha Adil membalas semua perbuatan hambaNya.
-Mengedarkan kerja rumah
 
Mendengar nasihat guru.
Membuat kerja rumah
 
Lembaran kerja

2